‘Semalam nampak abang rider grab sedang duduk rehat dilorong belakang kedai, rupa-rupanya dia sedang berkomunikasi dengan bahasa isyarat pada telefonnya’

Semalam selepas solat maghrib, tergerak nak selak langsir dari dalam bilik. Nampak abang rider grab ni sedang duduk dilorong belakang deretan kedai yang barangkali sedang berehat.

Ketika melihatnya aku perasan seperti dia sedang melihat ke arah motorsikalnya yang awalnya aku sangka mungkin ada masalah pada motor dan memerlukan bantuan. Tetapi selepas direnung, kelihatan rupa-rupanya dia sedang berkomunikasi dengan bahasa isyarat pada telefonnya.

Tidak pasti sama ada dia sedang merakam video atau sedang buat video call, cuma yang pastinya dia ada mengungkapkan “I Love You” dengan bahasa isyaratnya 🤟 kerana itu je yang aku faham.

'Semalam nampak abang rider grab sedang duduk rehat dilorong belakang kedai, rupa-rupanya dia sedang berkomunikasi dengan bahasa isyarat pada telefonnya'

Mungkin sahaja ungkapan itu dituju kepada ibunya atau isterinya cuma yang pasti insan itu pasti orang yang dia sayangi.

Semoga abang rider grab ini dilindungi oleh Allah dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah atas kerja kerasnya yang berusaha mencari rezeki halal.

فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰٓ إِلَى ٱلظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍۢ فَقِيرٌۭ ٢٤

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”. [Al-Qasas : 24]

Disclamer : Wallahi, tiada niat untuk mengaibkan malah tidak ada aib pun rasanya daripada video yang dirakam. Ada pun yang beranggapan seolah mencuri dengar perbualan abang ini, saya yakin ramai sahaja tidak memahami bahasa isyarat yang beliau bicarakan.

Mesej utama yang ingin dinyatakan adalah sikap kesungguhan abang rider itu bekerja mencari rezeki halal.

Yang aibnya adalah kepada manusia yang sempurna sifat fizikal tetapi memilih jalan batil untuk mencari rezeki dengan mencuri, menyamun, merompak, merasuah, pecah amanah dan sebagainya.

BACA :

Individu kongsi pengalaman tertinggal barang dalam Grab, tak sangka ini yang terjadi
Pak cik Grab bagi ‘tips’ suruh kahwin lelaki kaya undang pelbagai reaksi, ‘Itupon kalau lelaki kaya tu nak kat kau..’
‘Jangan sesekali beri makan keluarga dengan belanja ber-akad bathil’