Seorang lelaki disamun di depan bank oleh lelaki bermotosikal, lesap RM150,000

Seorang lelaki disamun di depan bank oleh lelaki bermotosikal, lesap RM150,000.

Polis mengesan dua suspek kes samun seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 41 tahun dipercayai disamun selepas mengeluarkan wang dari bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian itu mangsa telah terjatuh dan terbaring di atas jalan.

Menurutnya, wang RM150,000 yang dikeluarkan mangsa lesap dilarikan dua suspek bermotosikal itu.

“Video kejadian mangsa terbaring di atas jalan tular di laman sosial,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Wan Mohd Zahari berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh mengganggu siasatan.

“Sekiranya mempunyai maklumat, orang ramai diminta menghubungi talian 09-5652222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” karanya.

BACA JUGA:

Susulan masalah IDME, guru kini boleh pilih guna manual atau hybrid

JPJ tambah baik ciri keselamatan Aplikasi MyJPJP, portal awam JPJ

DJ KJ gamatkan hari pertama di HotFM, membawa slogan ‘Menang Selfie, Kalah Undi’

+ posts