Seorang wanita mati lemas terperangkap di celah batu

Seorang wanita mati lemas terperangkap di celah batu

Wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mengambil batu di tepi sungai Kampung Long Sukang, di sini, petang Sabtu lalu, ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Rebecca John, 24, ditemui penduduk kampung terperangkap di celah batu besar dan dikeluarkan bersama dengan pasukan Bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada jam 11 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat ditemuii kira-kira enam kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Mayat wanita lemas ketika mengambil batu di tepi sungai Kampung Long Sukang, Lawas, ditemui terperangkap di celah batu pagi tadi. NSTP/Norsyazwani Nasri

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mayat mangsa, operasi SAR ditutup pada jam 12.50 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dikatakan keluar mengambil batu bersama adik iparnya, Jenny Paris, 24.

Ketika mereka berdua mengambil batu di tepi sungai tiba-tiba muncul kepala air datang dari hulu sungai.

Mangsa terjatuh dan hanyut dibawa arus deras. Adik iparnya bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/838626/wanita-lemas-terperangkap-di-celah-batu

COMMENTS