Setiausaha Agung STAR meninggal dunia

Setiausaha Agung STAR  meninggal dunia

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.

STAR Sabah dalam kenyataan di laman Facebook penerangannya hari ini memberitahu Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang namun punca kematian tidak dinyatakan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Senator Guan Dee Kohoi telah dipanggil Tuhan pada jam 4.50pm, 26 Okt 2021 di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan beliau serta keluarga,” kata kenyataan itu hari ini.

Guan Dee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Dis 2020 hingga 15 Dis 2023.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 April lepas sebelum kabinet terbubar setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lepas.

COMMENTS