Sharifah Shahirah akui Kinah suka buat ‘onar’, ini puncanya..

Sharifah Shahirah akui Kinah suka buat ‘onar’, ini puncanya..Terdahulu, selebriti sensasi, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila menampilkan imej baru dengan berambut botak di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, menerusi temu bual bersama Media Hiburan, pelakon Sharifah Shahirah menyifatkan adiknya sebagai individu yang suka mencuri perhatian.

Menurut Shahirah yang mesra disapa Shiera, sebagai kakak dia tidak mengambil perkara itu sebagai suatu hal yang serius kerana lebih mengenali adik sendiri.

Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka ‘buat onar’ kemudian dia akan mediamkan diri.

Sharifah Shahirah akui Kinah suka buat 'onar', ini puncanya..

Jelasnya lagi, orang-orang begini kadang-kala akan berasa marah jika tidak dipeduli oleh netizen, jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan membuat sesuatu untuk diambil peduli orang.

Rasa rasa macam attention seeker. Ada orang yang begitu. Macam… tak kisah ada orang suka atau tak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga.
Namun, Shiera tidak menafikan bahawa adiknya merupakan anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga.

Kinah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah sebab dia jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan bagi mak duit, bukan adik-beradik lain.

Dalam pada itu, Shiera memaklumkan bahawa dia langsung tidak kisah tentang apa yang orang katakan dan tidak mahu balas apa-apa mengenai kritikan tersebut.

Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak.
Tambahnya lagi, pengakhirannya bukan manusia yang akan adili, tetapi Allah SWT dan Kinah juga bukanlah melakukan perkara tidak baik seperti mencuri, sakitkan hati orang atau sebaginya.

BACA:

Mahkamah Rayuan putuskan anak Mat Sabu dilepas dan dibebaskan dari kes dadah

Janna Nick tak akan guna masalah bipolar dihadapinya untuk raih simpati

+ posts