Shebby singh meninggal dunia ketika berbasikal

Bekas bintang bola sepak negara Serbegeth Singh atau Shebby dilaporkan meninggal dunia ketika berbasikal petang tadi di Johor. Beliau berusia 61 tahun.

Beberapa gambar dikaitkan dengan kejadian itu tular sejak petang tadi.

Bagaimanapun butiran penuh belum diperolehi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kematian Shebby.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika Shebby berbasikal bersendirian di Sunway Iskandar.