Sherry Al-Hadad terlalu over, kata netizen. Baru-baru ini Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut dijemput sebagai tetamu dalam rancangan MeleTop dan berpeluang untuk berlakon bersama pengacara, Sherry Al-Hadad.
Menerusi video yang dimuat naik oleh MeleTop, Ryan dilihat melakonkan watak sebagai anak kecil dengan muka yang dipenuhi bedak tabur sambil bermain permainan.
Sementara itu, Sherry pula dilihat memegang watak sebagai ibu yang memarahi anaknya kerana masih belum mandi walaupun sudah memasuki waktu maghrib.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun telah mengkritik cara lakonan Sherry yang dianggap agak keterlaluan dan tidak semula jadi.
Sorry terlalu over react sherry – netizen.
“Sorry jadi tak best. Sherry over. Biar Ryan and the team jela buat,” tulis seorang pengguna Facebook.
“Tak best Sherry berlakon.. Ryan dah comel dah pakai tepong gomak..” tulis seorang lagi warganet.
BACA:
Hidangan kepala ular kejutkan penumpang kapal terbang ini
NGO desak tindakan diambil terhadap rokok dan vape, ini puncanya