Shuib perkenalkan ‘pasangan’ dan kongsi gambar berdua, ramai netizen doakan. Foto yang dirakam berdua di antara Shuib dan pelakon Zara Zya pantas mencuri perhatian netizen.
Menerusi Instagram, Shuib dan Zara masing-masing memuat naik foto bersama hari ini dengan disusuli kapsyen ringkas.
“Assalammualaikum… Nama dia @zarazya,” tulis Shuib
“Terima kasih untuk hari ini @shuibsepahtu,” tulis Zara
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang baik dan mengharapkan segala apa kerjasama yang dilakukan mereka dipermudahkan.
Bagaimanapun baik Shuib dan Zara Zya, masing-masing belum memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan berkenaan.
View this post on Instagram
BACA: