Sapa sapa nak masuk ke thailand tu walau ke golok, takbai atau yang dekat,kalau masuk dengan kereta sendiri tolong ambik semua jenis insurance CI + VI +ti +ext 101 , jangan nak berkira sangat sebab selangkah ko duk di tempat orang tu di kira kena ikut undang undang negara orang.
Jangan nak kata alaa g golok masuk makan sat jer,tak payah ambik.Sebab kita ni mati pun tak tahu dekat mana, apa akan jadi 1 saat ke depan pun kita tak tau.
So beringat sesiap, jangan kerana nak murah tak ambik Voluntary insurance tu, sekadar ambik compulsary insurance tu je.kalau terjadi pape habis tanah air kena bergolok bergadai nak bayar pampasan nanti.Biar kita g berjalan jalan tu hati pun senang & tenang.
Aku memang ambik dengan ANF Insurance, sebab mudah berurusan kemudian kalau anything happen diorang ada team belah sana.
ci : Compulsory Insurance
vi : Voluntary Insurance
ti : Travel Insurance
Kalau jejarang masuk, contoh stahun sekali je pergi tak payah ambik peryear, ambik ikut berapa hari g sana.Min tak silap 3hari atau 5hari gitu, lebih kurang kos rm200 untuk ci dan vi, travel insurance pun ikut brapa hari kita pegi dan berapa orang.
Boleh ambik dengan etiqa atau anf pun ada juga sediakan dari takaful lain tak silap.
Macam aku selalu masuk sana, aku ambik setahun terus untuk ci dan vi RM490 sahaja dan ikut jenis cc kereta.Klu cc besar mahal la skit, klu cc kecik murah aje la.idokler sampai beribu pun.
Ni aku kira wajiblaa,jangan nak dengar kata orang takyah ambik vi membazir aje, melainkan ko tahu ko nak meninggal dkt mana , jam berapa, paham dak tu.
Yang masuk ikut pengkalan haram tu pun sama, sebab ko kena sllu ingat malang tidak berbau.Ko pernah baca orang accident sana terpaksa minta fund, bergolok bergadai kena bayar ratus ribu.So ni kita kena ambik pengajaran supaya sentiasa berhati hati dan ikut undang2 negara orang.
Lepas dah siap buat insurance tu, dia akan bagi dekat kita insurance ci dan vi, kemudian nak masuk ko kena la isi pula TM2, TM3,Whitecard.
Ni anf pun depa buat terus bagi ke kita.Cuma whitecard klu ang nak collect di branch anf, boleh dia isi.Klu ko masuk border yang anf takdak, ko isi dekat border je nanti.Lepas tu bawa la passport dan border pass tu, nanti beratur dan cop.
Then klu nak bawa masuk kereta dia akan bagi borang custom, ni ko kena simpan bebaik sebab bila keluar ko kena serahkan semula.Klu ko tak bagi semula, kena denda 1k baht sehari tak silap aku.
Jangan buat tak ingat.Nak senang ko sediakan satu file untuk semua ni, letak dalam kereta.Senang nak check dokumen.
Biarlah orang nak kata kita ni penakut ke apa, tapi kita beringat sebelum masuk.Ramai tak ambik Voluntary Insurance ni, sebab bazir duit katanya.Terpulang, kalau tanya aku, pada aku better ambikla ehh sebab malang tak berbau
terpanjang la pulak, ingat nak taip pendek2 ajerr
tapi bani pesbuk memang suka taip panjang2 hahaha
BACA :