Sikap ‘mesra alam’ Nabil jadi topik bualan ramai

Sikap 'mesra alam' Nabil jadi topik bualan ramai

Sikap ‘mesra alam’ Nabil jadi topik bualan ramai. Sebut sahaja nama pelawak dan pengacara tersohor, Nabil Ahmad ini tentu ramai yang mengenalinya. Bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak tahun 2008, Nabil Ahmad sehingga kini masih sahaja popular dan disukai oleh peminat dan netizen.

Pengacara rancangan Gegar Vaganza ini bagaimanapun baru-baru ini menarik tumpuan warganet sekali gus menjadi perbualan mereka selepas dia dirakam oleh seorang individu yang dipercayai rakannya di sebuah kedai makan.

Melalui rakaman video pendek ini memaparkan, Nabil Ahmad dan turut berada di situ pelakon dan suami kepada Sharifah Shahirah iaitu Ijoy yang mana mereka dilihat seronok berbual. Manakala menurut pemilik akaun ini, difahamkan kedai makan yang di lepak oleh Nabil Ahmad bersama beberapa individu tersebut merupakan bekas tempat kerjanya sebelum bekerja sebagai despatch.

Sikap 'mesra alam' Nabil jadi topik bualan ramai

Walau bagaimanapun, dalam perkongsian ini dia juga memuji sikap humble Nabil Ahmad dimana apa yang dilihat di kaca televisyen, begitulah juga dia di luar.

“Ape yang kau tengok dalam TV macam tu la Nabil depan depan,” ujar pemilik akaun bernama paanaerox itu dan ternyata warganet dan peminat Nabil Ahmad juga mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsikan sikap Nabil Ahmad yang bukan hanya tidak sombong malah humble dari dahulu sehingga sekarang.

“Saya dari awal…”

“Pernah jumpa…”

“Sempoi dia ni”

“Sempoi tak lupa diri…”

@paanaerox Ape yg kau tgk dlm tv cmtu la Nabil dpn2.. #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #nabilahmad ♬ original sound – Paan Abd Ghani

BACA:

Kecoh isteri keempat seorang pegawai Polis ditembak depan balai

Rupa artis KPOP serupa, ini sebabnya..

Cinta berputik kembali, pasangan ini berkahwin setelah 63 tahun berpisah