Sinovac kini diktiraf Arab Saudi

Sinovac kini diktiraf Arab Saudi

Arab Saudi mengiktiraf vaksin Covid-19 jenis Sinovac keluaran China bagi kemasukan ke negara itu selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara itu.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji serta umrah akan datang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Arab Saudi sebelum ini dilaporkan menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Jawatankuasa Ilmiah Nasional untuk Penyakit Berjangkit negara itu juga telah meluluskan penggunaan campuran dua dos vaksin Covid-19 berbeza.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/12/arab-saudi-iktiraf-sinovac/

COMMENTS