Siput babi ni boleh makan ke? Dr Zulkifli jawab video tular Pak Arab. Tular di media sosial ketika ini video seorang chef yang dipercayai dari Abu Dhabi yang menunjukkan masakannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Video yang dimuat naik oleh chef itu sendiri di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 10 juta tontonan walaupun baru saja dikongsikan sejak hujung minggu lalu.
Dari video tersebut, chef yang dikenali sebagai Chef Emirati itu menggunakan siput babi sebagai bahan utama dalam masakannya sehingga mendapat perhatian daripada orang ramai terutamanya netizen di Malaysia.
Ini kerana, ramai yang mempersoalkan tentang status halal makanan tersebut sehingga tular di Twitter dan meminta pandangan sahih daripada bekas Menteri Agama Malaysia, Dr. Zulkifli Mohmad Al-Bakri.
Siput babi haram dimakan
Menurut beliau, haiwan itu haram dimakan sekiranya mengikut Mazhab Syafie namun siput sedut halal dimakan kerana ianya haiwan air dan mengatakan bahawa chef tersebut mungkin mengikut Mazhab Maliki.
Tetapi, haiwan tersebut hanya boleh dimakan sekiranya ianya dimatikan dengan cara direbus ataupun dipanggang dan haram dimakan jika mati dengan sendiri.
BACA:
Peralat perubatan sunnah, mangsa Ustazah kontroversi diminta tampil buat laporan
Peneroka Felda mengeluh buah sawit busuk di pokok, tiada buruh