Sistem perparitan di Pengkalan Chepa macam celaka!

Sistem perparitan di Pengkalan Chepa macam celaka!

Maaf jika ayat ini agak kasar namun inilah realiti yang dirasai pembayar cukai di Pengkalan Chepa.

Belakang Jpj Panji antara berpuluh kawasan pembayar cukai dalam Pengkalan Chepa menderita akibat sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna.

Penduduk yang membayar cukai bukan sahaja menghadapi masalah longkang tersumbat, bahkan masih ada dalam kawasan di Pengkalan Chepa tidak mempunyai longkang. Ini menjadi antara punca banjir kilat bila berlakunya hujan.

May be an image of body of water and nature

BACA JUGA : Ini sebabnya lebih 1 juta wanita berumur 30 tahun ke atas di Selangor masih bujang

Tidak malukah para pemimpin yang berkereta mewah dan menikmati gaji yang lumayan hasil cukai rakyat namun perkhidmatan kepada rakyat sangat mengecewakan?

Usah berbicara mahu melaksanakan hudud, undang-undang syariah atau apa sahaja yang menggunakan perkataan patuh syariah jika amanah wajib ini tidak kamu segerakan!

Kepada pembayar cukai Pengkalan Chepa, jika kawasan anda mempunyai masalah berkaitan kelancaran aliran air hubungi ambo.

Kita buktikan kepada para pengundi betapa gagalnya Pas Kelantan melaksanakan amanah mereka setelah menikmati kereta mewah & gaji lumayan hasil cukai rakyat Kelantan.

Sumber :

COMMENTS