Status agama wanita Malaysia kahwin pemain hoki India disiasat

Status agama wanita Malaysia kahwin pemain hoki India disiasat

Status agama seorang wanita berasal dari negeri ini yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemain hoki kebangsaan remaja India masih dalam siasatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi ketika dihubungi memaklumkan pihaknya dalam siasatan secara menyeluruh.

“Masih dalam siasatan,” katanya dengan ringkas di sini hari ini.

Isu status agama wanita berusia 27 tahun itu timbul selepas berita gembira pasangan itu melangsungkan perkahwinan mengikut acara keagamaan selain agama Islam tular di media sosial.

Difahamkan, majlis resepsi itu berlangsung kampung halaman pihak lelaki di Mithapur, India semalam.

Menurut laporan media, pasangan itu menjalinkan hubungan sejak sembilan tahun lalu dan dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada April lalu.

Namun majlis itu ditangguhkan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Meskipun ditangguhkan, wanita berkenaan berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia untuk terbang ke New Delhi pada 2 Disember lalu.

Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai satu kejohahanan hoki pada 2012 di Johor

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/20/status-agama-wanita-malaysia-kahwin-pemain-hoki-india-disiasat/

COMMENTS