Suami hantar gambar selfie sebelum maut kemalangan jalanraya

Suami hantar gambar selfie sebelum maut kemalangan jalanraya

Seorang lelaki sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka sebelum terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Sitiawan, semalam.

Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas maut dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu.

Turut terkorban, penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27.

BACA JUGA : Kerana burung, lelaki ini ditetak

Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata dia berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja gagal dihubungi.

Kata Nur Syahirah, suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada jam 5 petang dan mula berasa pelik suaminya masih belum tiba kerana kebiasaannya perjalanan tersebut hanya mengambil masa 10 minit.

“Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.

BACA JUGA : Ditangkap melakukan hubungan seks dalam ambulans, 2 petugas kesihatan dipecat

“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital.

“Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, hari ini.

Nur Syahirah bagaimanapun reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang berbahagia menanti cahaya mata apabila dia disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.

BACA JUGA : Wanita maut digilis LRT

Dia juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian sebelum ini, akhirnya menjadi kenyataan begitu awal.

Pun begitu dia tidak akan lupa nasihat suaminya agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.

“Cuma saya berasa sedih apabila semalam dia pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di Sitiawan.

BACA JUGA : Seorang lelaki cuba bunuh diri di jejambat Lebuhraya Guthrie

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Preve dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.

Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut melarikan diri.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588216

COMMENTS