Suami isteri maut kereta bertembung lori

Suami isteri maut kereta bertembung lori

Sepasang suami isteri yang juga warga emas maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Proton Iswara dengan sebuah lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.30 malam itu, mangsa, Mohamad Ismail, 70, dan isterinya, Halijah Hamat, 62, yang menetap di Felda Palong 3 Gemas, disahkan maut di lokasi kejadian.

Mangsa difahamkan dalam perjalanan dari rumah saudaranya di Kampung Pondoi ke kediaman mereka di Felda Palong 3.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya tiba di lokasi jam 8.52 malam selepas menerima laporan kejadian.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan itu. Mereka berjaya dibawa keluar 20 kemudian namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/666454/suami-isteri-maut-kereta-bertembung-lori

COMMENTS