Suami mati tergantung, mayat isteri dalam bilik tanpa seurat benang

Suami mati tergantung, mayat isteri dalam bilik tanpa seurat benang

Mayat seorang suami ditemui dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok rambutan setinggi 7 meter, manakala isterinya pula dijumpai meninggal dunia tanpa seurat benang di dalam bilik, lapor portal berita Tribunews hari ini..

Mayat lelaki dikenali dengan singkatan ZA, 38 dan isterinya, SI, 33 itu ditemui di rumah ibu bapa SI di Blitar, Jawa Timur semalam.

Walaupun ZA kelihatan seperti membunuh diri, namun, polis tidak menolak unsur pembunuhan kerana terdapat luka pada mayat kedua-dua mangsa.

BACA JUGA : Bekas ADUN Melor meninggal dunia

Penghulu, Desa Butun, Imam Darmawan berkata, kedua-dua mangsa merupakan warga Desa Balung Dowo, Kecamatan Candi, Sidoarjo.

“Mereka berada di rumah ibu wanita tersebut kerana SI asal di sini.

“Namun, punca kejadian masih tidak diketahu,” kata Imam semalam.

Mayat ZA dan SI ditemui dalam waktu berbeza.

Menurut Imam, mayat lelaki itu dijumpai oleh jiran mereka dikenali sebagai Wati, 20, secara tidak sengaja ketika dia menjemur pakaian di halaman rumahnya.

“Wati menjerit lalu menarik perhatian jiran-jiran lain,” kata Imam

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui kesan kelar pada tubuh lelaki itu.

Mereka kemudian mencari isteri mangsa dan terpaksa memecahkan pintu bilik rumah tersebut kerana berkunci.

Angota-anggota polis kemudian melihat jasad wanita itu tertiarap tanpa seurat benang, manakala badan mangsa turut mempunyai kesan lebam.

Polis turut menemui kunci bilik tersebut di dalam poket ZA sekali gus meningkatkan lagi rasa kecurigaan.

Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/10/mayat-suami-tergantung-pada-pokok-rambutan-isteri-mati-dalam-bilik/

COMMENTS