Suami ragui status anak dikandung isteri, sekali ini yang jadi

Suami ragui status anak dikandung isteri, sekali ini yang jadi doa untuk suami tanggungjawab suami ucapan hari lahir untuk suami hadiah untuk suami suami hannah delisha hubungan suami isteri punca isteri hilang hormat pada suami seks suami isteri suami isteri suami isteri dan

Suami ragui status anak dikandung isteri, sekali ini yang jadi.Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan mereka.

Ada orang peroleh rezeki menimang anak dengan cepat, ada juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum bergelar ibu bapa.

Namun, berbeza dengan kisah seorang wanita yang dikenali dengan nama Adila, berkongsi pengalaman hidupnya apabila dia diceraikan suaminya selepas memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil.

Menurutnya, penantian selama empat tahun untuk mempunyai zuriat sendiri akhirnya terputus di tengah jalan gara-gara suaminya meragui status anak yang dikandungnya itu.

Lebih menyedihkan, apabila rancangan yang diatur untuk memberi kejutan kepada suaminya mengenai dirinya telah berbadan dua, rupanya menjadi sebaliknya.

“Ingatkan nak beri kejutan pada suami sebab mengandung, rupanya saya yang terkejut dapat tahu suami ada hubungan dengan perempuan lain,” katanya.

Kemudian, suaminya bertindak melafazkan talak di hadapan ibu dan bapa mertuanya ketika usia kandungannya dua bulan dan segala proses perceraian mereka di mahkamah tidak berjalan dengan lancar apabila lelaki tersebut sering tidak hadir ke perbicaraan.

“Dalam keadaan dah nak bersalin, saya mohon kebenaran pihak hospital untuk keluar sekejap bagi uruskan proses mahkamah.

Suami ragui status anak dikandung isteri, sekali ini yang jadi

“Lebih teruk, dia cakap itu bukan anak dia, jadi dia kata tak akan bagi apa-apa belanja sepanjang saya mengandung.

“Selepas bersalin, dia siap minta jalankan proses ujian DNA semata-mata mahu bukti kerana selama empat tahun berkahwin, saya gagal berinya anak,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi dan rata-ratanya juga bersimpati serta memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

“Terus kuat kak besarkan anak, lelaki yang tidak menghargai isteri dan jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, tak akan bahagia hidupnya,” kata seorang pengguna.

“Dah bukan rezeki dapat anak awal, bila dah ada, kau buang pula. Apa jenis lelaki macam ini, geram dengar kisah yang dikongsikan ini, moga puan terus kuat,” ujar pengguna lain.

TONTON ;

BACA:

Rupanya cincin ‘palsu’ ini bernilai RM11.2 Juta

Lisa Surihani hamil lagi? Sekali lain pula yang netizen perasan

Rahsia cara jaga bateri kereta supaya tidak cepat ‘kong’

COMMENTS

Wordpress (0)