Suami tergamak bakar isteri hamil dengan petrol, ini puncanya…

Suami tergamak bakar isteri hamil dengan petrol, ini puncanya…

Hanya kerana cemburu buta dan berang si isteri tidak melayani nafsu serakahnya, seorang suami tergamak membakar isterinya menggunakan minyak petrol. Lebih menyayat hati apabila mengetahui wanita itu dibakar dalam keadaan dirinya sedang hamil tiga bulan.

Menerusi laporan Tribunnews, lelaki Indonesia yang dikenali dengan nama Adi Susanto dikatakan sering memaksa si isteri, Siti Maimunah melakukan hubungan kelamin sebanyak lima kali sehari dan ini membuatkan si isteri tidak mampu melayani nafsu suaminya itu. Bukan itu sahaja, si suami juga mengesyaki isterinya itu berlaku curang. Malah sejak sebulan lalu, pasangan ini juga dikatakan sering bertengkar antara satu sama lain.

BACA JUGA : Gempar !!! Ustaz Kazim dibomoh sami Bangkok?

Si suami sering meminta isteri lakukan hubungan kelamin sehari lima kali, mangsa tidak mampu melayan. Kalau tidak dilayan, suami marah-marah.

Pada hari kejadian, Maimunah telah meminta keizinan daripada Adi Susanto untuk pergi ke rumah bidan namun suaminya itu tidak mengizinkan. Hal ini kerana, si suami berniat mahu menghantar sendiri isterinya ke rumah bidan untuk pemeriksaan. Namun selepas dia pulang dari kerja, dia mendapati isterinya itu sudah tiada di rumah.

Menurut sumber, Maimunah tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah malam sehingga mendorong Adi Susanto menuju ke rumah ibu bapa mentuanya. Ternyata isterinya itu sebenarnya sudah pulang ke rumah. Mangsa dikatakan sempat menjemput anak perempuan berusia 13 tahun dan mengambil pakaian di rumah suaminya sebelum beredar dari situ.

Namun siapa sangka, ketika dalam perjalanan, mangsa terserempak dengan suaminya di tepi jalan. Apa yang membuatkan suspek bertambah marah apabila melihat isterinya itu sudah membawa satu beg berisi pakaian. Suspek kemudian membeli minyak petrol lalu menyiram ke arah mangsa dan membakarnya.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius sementara si anak hanya luka di bahagian kaki. Menurut penduduk kampung, mereka juga terdengar anak perempuan mangsa menjerit meminta tolong. Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan suspek juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber : https://ohbulan.com/tolak-permintaan-buat-hubungan-kelamin-5-kali-sehari-suami-bakar-isteri-hamil-dengan-minyak-petrol

COMMENTS