Suka beli udang banyak, lepastu letak kat peti ais? Hah, ini tips agar udang kekal segar & manis walaupun dah lama beli

Suka beli udang banyak, lepastu letak kat peti ais? Hah, ini tips agar udang kekal segar & manis walaupun dah lama beli.

Ramai sebenarnya suka membeli makanan laut atau seafood dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai jenis, apabila berada di pasar makanan basah. Disebabkan itu, anda perlu tahu tips simpan udang, ketam dan sotong seperti dikongsikan Puan Noor Hafiza Mohamad supaya mereka dapat tahan lama.

Lepas ini, tiadalah rasa membazir bila terpaksa buang seafood yang dah tak elok, kalau anda dah tahu petua ini. Jom cuba!

*PETUA SEAFOOD (UDANG SOTONG KETAM) KEKAL SEGAR*

Petua seafood kekal segar, tidak berubah warna hitam, kekal rasa manis dan tekstur masih pejal seperti baru beli. Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.

Sis cuba cara tabur gula di permukaan bekas dan simpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

*1. UDANG*
Pastikan lebihkan gula kerana ia paling sensitif dan warnanya mudah bertukar warna hitam. Setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli. Semalam sis keluarkan untuk buat tom yam.

*2. KETAM & SOTONG*

Bagi ketam dan sotong pula, simpan biasa tanpa awetan pon masih ok sebenarnya.

*CARA PENYIMPANANNYA:*

Udang sungai ini saya beli pada 26 Disember 2020. Selepas 2 minggu (11 Januari 2021), udang ini masih segar dan tidak berubah warna serta teksturnya.

Pastikan pelbagai jenis seafood disimpan dalam bekas untuk elakkan ia bertindih atau terpenyek. Kemudian, jangan lupa labelkan bekas supaya mudah untuk anda cari.

Nak seafood kekal segar dan manis isinya, anda tak perlu cuci dulu sebelum simpan. Nak masak barulah dibasuh.

BACA JUGA:

LIMA Tanda Bayi Kurang Susu.. Mommies sila ambil tahu!

Hanya guna dua bahan untuk jadikan cermin berkilat.. Ikut cara Jepun ini!

Nak hilangkan kesan gam sticker road tax di cermin kereta, mudah je… Calit mayonis pun boleh

+ posts