Sultan Selangor dukacita dan kecewa dengan warga agama

Sultan Selangor dukacita dan kecewa dengan warga agama

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan rasa dukacita dan kecewa apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 individu menghadiri program vaksinasi khas Covid-19 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

Baginda bertitah, lebih mendukacitakan apabila daripada 203 orang yang hadir didapati 96 daripada mereka menolak untuk divaksin.

“Apa yang berlaku amat mengecewakan kerana kedegilan individu tertentu ini hanya menyusahkan urusan rakyat jelata terutama murid yang akan meneruskan pembelajaran KAFA.

BACA JUGA : Penduduk kampung ‘borong’ beli kereta, Ini sebabnya..

“Beta akan meneliti nama-nama guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa masjid dan jurunikah yang memutuskan untuk tidak divaksin sebelum tindakan ke atas mereka ditentukan kelak,” titahnya menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin menegaskan pelbagai inisiatif sudah dilakukan dengan kerjasama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) demi memastikan kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

“Ini termasuk memperluas dan mempermudah pemberian suntikan vaksin kepada petugas masjid dan pejabat agama.

BACA JUGA : Anak gembira, ibu bertemu jodoh dengan pemuda 22 tahun

“Ia bertujuan membolehkan umat Islam kembali menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti biasa,” titah baginda.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/22/sultan-selangor-terus-dukacita-teliti-nama-enggan-divaksin/

COMMENTS