Syamsul Yusof beri bayangan projek barunya, ada kaitan Melaka?

Syamsul Yusof beri bayangan projek barunya, ada kaitan Melaka?

Syamsul Yusof beri bayangan projek barunya, ada kaitan Melaka?. Kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencecah hampir 100 juta kutipan sejak ia mula ditayangkan sekitar pertengahan Jun tempoh hari sememangnya satu pencapaian luar biasa dari pengarahnya, Syamsul Yusof.

Disebabkan garapan hebatnya bersama kru dan barisan pelakon yang cukup mantap, dia telah dilirik oleh beberapa pihak untuk mengangkat sejarah Melayu silam yang nyata ‘menjual’.

Ada projek baru ke?
Kali ini, pengarah tersohor tersebut telah berkongsi momen berada di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Tak sabar nak tengok hasilnya
Dalam perkongsian tersebut, Syamsul memberi bayangan sepertinya akan ada projek tentang negeri Melaka yang sememangnya terkenal sebagai Bandaraya Bersejarah.

“InsyaAllah Melayu Islam Melaka akan dikenali diserata dunia melalui filem,” tulisnya.

Syamsul Yusof beri bayangan projek barunya, ada kaitan Melaka?

Empayar besar ni, Teruskan bro!

Perkongsian yang dibuat Syamsul pastinya disambut baik oleh warganet kerana rata-rata mengharapkan agar ada lagi kisah berkenaan pahlawan silam memandangkan ia satu genre yang jarang dibikin di negara ini.

Melihat daripada kejayaan Mat Kilau, ada yang meneka bahawa mungkin pengarah terbabit akan mengarahkan filem tentang Kesultanan Melaka yang terkenal dengan tokohnya, Hang Tuah.

Kesultanan Melayu Melaka kasi on!

5 bersaudara kembali?

Ni filem Hang Tuah pula ke?

Apa-apa pun, semoga perancangan dan urusan pengarah serta kru-kru yang akan terbabit dalam projek tersebut dapat melaksanakan tugas dengan baik agar kembali menjadi fenomena seperti filem Mat Kilau tempoh hari.

BACA:

Kangkong diharamkan di Amerika, ini puncanya..

Kedai ‘akak air buah’ jadi tempat persinggahan geng RXZ

Pendeknya dress, pakaian Scha Alyahya ditegur