Syarat dimansuhkan untuk pengeluaran i-Sinar

Syarat dimansuhkan untuk pengeluaran i-Sinar

Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dapat membuat pengeluaran dari Akaun 1 mereka di bawah kemudahan i-Sinar.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengatakan syarat yang dikenakan sebelum ini akan dimansuhkan atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan maklum balas orang ramai.

Di bawah i-Sinar, pencarum yang mempunyai kurang RM100,000 dalam Akaun 1 mereka, boleh mengeluarkan sehingga RM10,000 secara berperingkat selama enam bulan – dengan pembayaran pertama adalah RM5,000.

Sementara itu, mereka yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 boleh mengeluarkan sehingga 10 peratus baki Akaun 1 mereka sehingga maksimum RM60,000.

Sumber: Malaysiakini

COMMENTS