Syarikat penerbangan Air India ‘delay’ 3 jam kerana semut

Syarikat penerbangan Air India ‘delay’ 3 jam kerana semut

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air India yang hampir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi mengalami kelewatan selama lebih tiga jam selepas kawanan semut ditemui di bahagian kelas perniagaan pesawat tersebut, lapor akhbar Hindustan Times semalam.

Keadaan itu menyebabkan penumpang terpaksa dipindahkan ke pesawat Boeing 787-8 yang lain.

Pesawat dengan kod penerbangan AI-111 menuju ke London itu akhirnya berlepas pada pukul 5.20 petang (waktu tempatan) berbanding jadual asal pada pukul 2 petang.

BACA JUGA : Macam ‘prison break’, ini lubang yang rakyat Palestin bolos dari penjara Israel

Laporan media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan spesies semut yang ditemui pada pesawat tersebut.

Antara penumpang yang turut berada dalam pesawat tersebut ialah Putera negara Bhutan, Jigme Namgyel Wangchuck.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/07/semut-punca-pesawat-air-india-lewat-berlepas/

COMMENTS