TAC tak dapat, RM11,688 lesap dari Public Bank. Wanita luah rasa kecewa duit simpanan RM11,668 lesap dari Public Bank dalam tempoh 2 saat, tiada TAC diterima. Jika semalam kecoh isu wang hilang dari akaun simpanan CIMB bank seorang doktor perubatan, Dr Rafidah, isu yang sama juga terpalit menimpa seorang penyimpan di Public Bank.
Kali ini ia menimpa Lily Natty yang berkongsi luahan hati di fb miliknya Lily Natty Elegance. Bayangkan dalam tempoh 2 saat, dakwanya tiada TAC diperlukan dan dengan hanya dua transaksi iaitu RM5834.08 dan kedua RM5834.08,wang simpanannya terus lesap ke akaun individu bernama MOHAMED AZRI ARBI BIN ABDULLAH yang memiliki akaun di Hong Leong Bank.
Tak tahulah sama ada sekuriti bank yang mudah ditembusi atau scammer yang semakin pintar menyamun duit orang ramai tanpa belas kasihan.
Moga pihak berkuasa ada jalan penyelesaian akan hal ini. Bukan senang mencari duit zaman ini dan bukan semua orang senang yang memiliki duit berjuta-juta dalam akaun.
Kalau itulah saja simpanannya, ia sesuatu yang sangat perit diterima. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang dibaca di media sosial, agak sukar pemiliki mendapatkan semula hak mereka yang sudah hilang.
BACA:
“Apa sudah jadi?” Noh Salleh ‘catwalk’ sambil pegang rokok
Ini 3 teknik untuk elak duit tiba-tiba hilang dari akaun CIMB