Tak pakai pelitup muka, Presiden Chile didenda RM14,000

Tak pakai pelitup muka, Presiden Chile didenda RM14,000

Sebastian Pinera, Presiden Negara Chile dikenakan denda sebanyak USD3,500 (RM14,141.75) kerana tidak memakai penutup muka ketika bergambar bersama orang ramai di sebuah pantai di negara itu.

Berdasarkan laporan Reuters, gambar yang diambil menunjukkan Pinera berada berhampiran dengan seorang wanita pada jarak yang rapat, namun kedua-dua mereka tidak memakai penutup muka.

Sebastian Pinera

Pinera dilaporkan telah memohon maaf dan mengaku bersalah susulan tersebarnya gambar berkenaan di media sosial pada awal bulan ini.

Menjelaskan perkara itu, menurut Pinera pantai berkenaan terletak dekat dengan rumahnya. Ketika sedang berjalan seorang diri seorang wanita telah datang kepadanya untuk mengambil gambar.

Undang-undang negara Chile menetapkan semua penduduk untuk memakai penutup muka di semua kawasan tempat awam. Mana-mana individu tanpa mengira pangkat yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kuman denda malah boleh dipenjarakan.

Berdasarkan laporan itu juga, gambar Pinera bersama wanita itu diambil dalam satu tunjuk perasaan di Santiago tahun lalu, dia kemudian dilihat bergambar di Dataran berkenaan selepas pihak berkuasa mengarahkan semua peserta demonstrasi untuk menetap di rumah kerana pandemik Covid-19.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/12/presiden-chile-didenda-rm14000-kerana.html#ixzz6hDjDVnYe

COMMENTS