Tak romantik, pemalu, Marsha tetap sayang suami

Tak romantik, pemalu, Marsha tetap sayang suami

Penyanyi Marsha mendedahkan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail bukan seorang lelaki romantik.

Bukan sahaja tidak memiliki sifat tersebut, Marsha atau nama lengkapnya, Marsha Milan Londoh, 35, memaklumkan Shaiful yang merupakan seorang usahawan itu juga merupakan seorang lelaki yang amat pemalu.

“Inilah perangai dia, demi sekeping gambar. Sepol (Shaiful) pemalu, itulah susah nampak dia dalam Instagram saya.

“Kalau muat naik pun, kalau dia rasa tak okey, kejap lagi dia padamlah masa saya tengah leka! Lepas itu dia tak romantik, tengoklah tepis-tepis tangan.

“Tapi bini pula macam kucing. Nak tak nak dia reda! Walaupun ada perbezaan tapi saya tetap menyayanginya lebih 3000 juta,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Penyanyi lagu Bimbang itu berkongsi sebuah video momen ketika dia meraikan ulang tahun perkahwinan kelima baru-baru ini.

Katanya, majlis tersebut diraikan beberapa hari lebih awal kerana dia perlu menjalani penggambaran pada hari esok.

“Kami adakan makan malam lebih awal sempena ulang tahun perkahwinan kami yang sepatutnya pada 31 Disember ini sebab saya ada penggambaran waktu itu,” katanya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan Shaiful, 33, pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/30/tak-romantik-pemalu-marsha-tetap-sayang-suami-3000-juta/

COMMENTS