Tak sempat sampai ke sekolah, 2 beranak maut dilanggar MPV

Tak sempat sampai ke sekolah, 2 beranak maut dilanggar MPV. Dua beranak maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ketika perjalanan ke sekolah di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, pagi tadi.

Maut bertembung MPV

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad, mangsa yang menunggang motosikal, 46, dalam perjalanan menghantar anaknya, 15, ke sekolah dalam pukul 7:15 pagi tadi. Tambahnya, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

Tak sempat sampai ke sekolah, 2 beranak maut dilanggar MPV

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) memandu dari arah Penanti ke Kepala Batas terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa ketika cuba untuk mengelak. Walau bagaimanapun, dua beranak itu meninggal di tempat kejadian.

Menerusi laporan Kosmo, kedua-kedua mangsa akan dibedah siasat selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19 di Hospital Kepala Batas (HKB).

BACA:

Anak meninggal lepas 7 hari dilahirkan, ini luahan hati Mua Bellaz

PA Dato Vida berhenti kerja, bekas PA dedah cerita sebenar..

Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep..

+ posts