Taman tema Upin & Ipin yang pertama bakal dibuka di Cyberjaya

Taman tema Upin & Ipin yang pertama bakal dibuka di Cyberjaya.  Taman Tema Upin & Ipin merupakan sebuah projek yang dirancang oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan perancangannya sudah bermula seawal tahun 2014 lagi.

Banyak lokasi telah dipertimbangkan dan pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Razi telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi Taman Tema Upin & Ipin.

Perkara itu diumumkan pada Jumaat yang lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Cyberview Sdn. Bhd. untuk membina Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya.

Taman tema Upin & Ipin yang pertama bakal dibuka di Cyberjaya

Taman tema Upin & Ipin yang pertama bakal dibuka di Cyberjaya

Pastinya pembinaan Taman Tema Upin & Ipin ini bakal menaikkan imej Cyberjaya apabila taman tema tersebut siap dibina di bandar itu.

Malah, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri jika ia berjaya dilaksanakan.

 

BACA:

Lelaki ini hampir kena lempang dengan Aaron Aziz, ini puncanya…

Shuib luah penghargaan terhadap Aina Abdul

Pembeli kereta baharu dijangka terpaksa tunggu lebih lama, ini puncanya

+ posts