Tanam sayur keliling rumah jana pendapatan RM4,000 sebulan. Siapa sangka dengan tanam sayur keliling rumah mampu meraih pendapatan hingga RM4,000 sebulan hasil jualan sayur-sayuran organik.
Kisah ini wajar dijadikan inspirasi buat anak muda yang lainnya untuk berasa teruja menerokai bidang pertanian ini yang boleh diusahakan walau hanya di laman rumah.
Menurut pemilik namaAhmad Nizam Wan Khazam Saya bermula dari 2011 beliau mendapat idea bila melihat banyak kotak-kotak polistrine dibuang tanpa dimafaatkan kegunaannya.
Bermula hanya degan 4/5 kotak..tanpa pengalaman ada asas dalam bercucuk tanam, tak sangka juga awalnya tanaman menjadi dan naik subur.. Dari situlah bermulanya minat berkebun. Sedikit demi sedikit saya menambah kotak-kotak polistrine bagi tujuan penanaman.”
Apabila diajukan soalan siapa sebenarnya yang banyak membantu dalam mengusahakan pertanian di laman rumah ini. Menurutnya, “Sejak dari mula mak yang banyak membantu,dari semaian anak-anak benih dan tanaman-tanaman dalam pasu/polibeg.
Saya benar, mafaatkan halaman rumah dan sekitar kawasan rumah yang luasnya cuma suku ekar.
“Pendapatan tak menentu, faktor musim,cuaca dan serangan perosak juga memainkan peranan hasil yang dituai. Pun begitu, Alhamdulillah, adakala pernah mencecah RM4k bagi jualan sayur,anak benih serta tanah hitam sawit.
Adakala pernah juga pendapatan bawah paras RM1k. Itulah, tak menentu pendapatan sebagai perkebun ni, semua bergantung pada keadaan cuaca dan musim”.
Selain itu, anak muda ini turut berpesanan kepada sesiapa yang ada masa terluang eloklah menanam sendiri, walau tak banyak sekurang-kurangnya bolehlah mengurangkan beban belanja dapur,sayuran juga segar dan terjamin bila hasil dari tangan sendiri.
Mulakan dengan tanam sayuran mudah urus seperti bayam, kangkung, terung, cili atau jenis ulam ulaman seperti pegaga dan ulam raja.
BACA:
Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit
Wartawan kena kecam kerana minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah