Tarikh penting KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran

Tarikh penting KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran kwsp login i akaun kwsp kwsp i sinar i sinar kwsp kwsp online i citra kwsp kwsp i akaun isinar kwsp www kwsp gov my

Tarikh penting KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran. Pengeluaran khas one-off simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu ramai ahli yang masih bergelut akibat COVID-19 dan banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jessica Chew Sheng Lian, berkata kebenaran mengeluarkan simpanan KWSP dilihat benar-benar memberi perubahan, namun pada masa sama data yang dikeluarkan mengenai kekurangan dana pencarum apabila bersara kelak tidak boleh diabaikan.

“Kami menyedari dengan jelas bahawa pengeluaran one-off ini membantu ramai untuk kembali bangkit daripada pandemik dan banjir,” katanya pada sidang media bersempena pelancaran penerbitan Laporan Tahunan BNM 2021 (AR 2021), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 (EMR 2021) serta Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi separuh kedua 2021 secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Sheng Lian berkata, meskipun wujud keperluan pengeluaran wang simpanan KWSP, semua tidak boleh mengabaikan data KWSP mengenai kekurangan dana 6.1 juta ahli pada masa ini yang memiliki wang persaraan kurang RM10,000 dalam akaun mereka.

“Seramai 3.6 juta daripada 6.1 juta ahli juga mempunyai wang simpanan kurang RM1,000. Angka ini amat membimbangkan.

“Sebarang pengeluaran lanjut akan menyebabkan baki simpanan persaraan makin berkurang dan mereka berdepan prospek kesukaran kewangan serius pada masa hadapan.

“Jadi jika kita tidak berhati-hati, kekurangan simpanan persaraan ini akan merugikan kita nanti apabila Malaysia menjadi masyarakat yang semakin tua,” katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah penting untuk melaksanakan tidak balas dasar bersandarkan situasi yang dihadapi itu.

“Langkah seperti ini harus digunakan dengan sangat berhati-hati hanya dalam situasi yang paling ekstrem,” katanya.

Sementara itu, Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pandemik telah memberi peringatan kepada kita sekali lagi bahawa sistem perlindungan sosial perlu diperbaharui.

“Ia tidak akan mudah, dan ini juga tidak boleh berlaku dalam sekelip mata.

“Ketika ini, ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan, jika kita boleh, ini adalah masa yang baik untuk perlahan-lahan mula membina semula penampan kewangan kita.

“Kami telah berkongsi beberapa idea tentang cara mula mengawal kewangan peribadi,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

Inisiatif terbaharu KWSP itu membenarkan ahlinya untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Menurut KWSP, pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

TONTON:

BACA:

MBSA umum hadiah RM28,000 pemenang pertandingan fotografi, ini cara masuk

Polis tahan penyanyi nasyid terlibat dengan dadah

Geram dengan penyewa, tuan rumah cabut meter TNB, sekali lain pula yang jadi..

COMMENTS

Wordpress (0)