Tayang duit dekat TikTok, disangka kaya rupanya hasil rompakan

Tayang duit dekat TikTok, disangka kaya rupanya hasil rompakan

Tayang duit dekat TikTok, disangka kaya rupanya hasil rompakan. Sejak kebelakangan ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur mahupun pekerjaan seolah-olah berlumba untuk membuat content di aplikasi media sosial seperti TikTok. Gara-gara taksub mengejar cepat viral serta kadar ‘views’ yang mencanak tinggi, ramai dilihat mudah terjebak dengan trend mencetuskan risiko tinggi termasuklah menayang kemewahan secara terbuka.

Curi perhatian tayang duit ‘berkepuk-kepuk’ konon hasil titik peluh selama ini…bakal digunakan untuk bayar hutang.

Terdahulu, seorang pemuda dari Thailand ini mencuri perhatian ramai pihak apabila mempamerkan beberapa bungkusan wang tunai melalui sebuah video yang dimuat naik ke TikToknya. Sambil mendakwa semua duit tersebut merupakan hasil kerja kerasnya sendiri, dia bahkan memberitahu kepada penonton bahawa ia digunakan untuk langsaikan kesemua hutangnya.

Tayang duit dekat TikTok, disangka kaya rupanya hasil rompakan

Akhirnya ‘kantoi’ pamerkan hasil rompakan…bahkan siap pakai baju sama sewaktu lakukan jenayah.

Memetik portal Bangkok Post, pemilik akaun TikTok itu bagaimanapun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu rompakan di sebuah syarikat logam pada 11 Ogos lalu. Rumahnya turut diserbu pihak polis yang berjaya menemui wang tunai berjumlah 220,000 baht (RM27.6 ribu) serta cek bernilai kira-kira 32 juta Baht (RM 4.022 juta). Bahkan, jersi bola dalam rakaman tersebut juga dipakai suspek sewaktu membuat kerja haram tersebut.

Buat kerja tak clean…bila orang kurang cerdik excited makan duit haram beginilah jadinya

Rentetan terbongkarnya rahsia sumber duit tersebut, klip video berkenaan tak semena-mena mendapat jumlah tontonan yang sangat luar biasa iaitu lebih 11.5 juta. Dalam pada itu, rata-rata netizen pula berseloroh dengan tindakan pemuda tersebut yang akhirnya memakan diri sendiri.

@surasak_764นับตังกับบ้าน บ่าวอมตะชลบุรี หมุ่นโสดเมืองสุรินทร์♬ เสียงต้นฉบับ – ทิด แอม

BACA:

Jadi pekan hantu, Bukit Gambang Resort City sudah tutup operasi

Salahguna kedudukan, wanita ditahan SPRM setelah ‘beri kerja’ syarikat ada kaitan suami

Ramai terpegun tengok Jep naik kereta ni, “tak menunjuk-nunjuk pun”