Tayang gaji jadi rider RM5 ribu, wanita ini dedah realiti sebenar

Tayang gaji jadi rider RM5 ribu, wanita ini dedah realiti sebenar

Tayang gaji jadi rider RM5 ribu, wanita ini dedah realiti sebenar. Hangat di perkatakan baru – baru ini setelah tular berita di media berkenaan gaji seorang rider Foodpanda yang memperoleh pendapatan sehingga RM4 ribu hingga RM5 ribu ringgit sebulan.

Hal itu mendapat perhatian netizen sehingga timbul perdebatan mengenai isu gaji jangka masa panjang dan gaji jangka masa pendek serta banyak lagi hal-hal berkait.

Terbaharu, satu hantaran di TikTok oleh seorang rider menceritakan realiti sebenar bekerja sebagai seorang rider. Selain itu, dia juga ingin membetulkan perspektif masyarakat tentang hal berkenaan.

Dia tidak menyangkal perkongsian rider yang memperoleh gaji ribuan ringgit berkenaan. Tetapi hanya ingin memperbetulkan pandangan masyarakat tentang hal ini dan akibat daripada perkongsian demikian.

Katanya melalui video berkenaan disebabkan ‘kepandaian’ seorang rider share dapat gaji sampai RM5 ribu, ramai yang nak join jadi rider.

Tayang gaji jadi rider RM5 ribu, wanita ini dedah realiti sebenar

“Point video ni tuju kepada rider-rider yang show off bajet RM3 hingga RM5 ribu di medsos. Bila ramai join tak seindah yang dikhabarkan. Fare makin kurang.

“Saya doakan semua rider-rider tak kira lah Grab ke FoodPanda ke atau lain-lain, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. In Shaa Allah, Amin.

“Saya tak salahkan rider-rider baru. Betul rezeki masing-masing. Rezeki tak pernah salah alamaat. Maaf jika ada yang salah faham,” jelasnya tentang video berkenaan ramai nak jadi rider.

Selain itu, rider lain juga menyifatkan setiap rezeki adalah aturan Tuhan dan kita sebagai manusia haruslah berusaha mendapatkannya.

“Buat Grab ni macam niaga juga. Kadang okay, kadang tak. Yang pentung usaha, In shaa Allah ada rezeki tu,” jelasnya dalam isu video ramai nak jadi rider.

@azwinhafifi_ Cm ne korg jadi ke bulan depan ?? 😎#Fyp #foryourpage #esekeli #viral #fyppppppppppppppppppppppp #Bangau #Sidai #Rider #Grab #Grabfood #grabdriver #ridergrabfood ♬ original sound – Edward Edwin

BACA:

Apps Maybank2U dan MAE hadapi masalah untuk diakses, ini anda patut lakukan

OPR bakal naik 2 kali lagi jika inflasi meningkat

Didakwa cabul murid 12 tahun, guru ditahan polis