Teknik ‘time-out’ ini sesuai digunakan untuk hukum si kecil.. Elakkan angkat tangan jika anak buat hal ye

Teknik ‘time-out’ ini sesuai digunakan untuk hukum si kecil.. Elakkan angkat tangan jika anak buat hal ye…

MEMAHAMI dan mendalami sikap anak-anak bukanlah satu hal yang mudah.

Adakalanya anak-anak akan memberontak dan mengamuk hingga diluar kawalan ibu bapa.

Perubahan emosi mereka ini boleh mengundang kemarahan, tetapi janganlah kita menghukum sembarangan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak.

Antaranya dengan memperkenalkan time-out ketika mereka mula menunjukkan perangai yang kurang baik.

1. Pilih tempoh dan tempat yang sesuai

Antara aspek penting untuk laksanakan time-out adalah dengan memilih tempat sesuai.

Anda perlulah memastikan kawasan bersama anak tidak mempunyai gangguan luar seperti televisyen, permainan, rakan-rakan atau adik-beradik lain.

Malah memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding adalah bersesuaian untuk menghukum anak.

2. Kenalkan anak anda kepada time-out

Ketika bersama anak dalam mood yang baik, inilah peluang anda untuk mengajar anak tentang time-out.

Tunjukkan tempat dan jelaskan mengenai sebab kenapa mereka perlu melaluinya.

Ajar mereka supaya tahu kesilapan spesifik yang boleh menyebabkan dirinya dihukum.

3. Tegas dengan hukuman time-out

Jangan berlengah sekiranya anak berkelakuan buruk, segerakan hukuman yang sepatutnya diberikan.

Sebagaimana diketahui bahawa kanak-kanak masih belum mempunyai memori kuat, maka mereka akan cepat lupa dan keliru dengan hukuman sekiranya ia ditangguhkan.

4. Kawal kemarahan anak

Pada dasarnya, hukuman ini dilakukan adalah bertujuan supaya mereka kekal tenang dan boleh mengawal diri.

Tugas ibu bapa sendiri perlulah mengawal emosi dan mood dengan tidak memarahi, mengkritik dan memukul mereka.

Jelaskan kesalahan mereka dalam nada suara tenang dan meminta mereka lakukan hukuman sekiranya membuat kesalahan.

5. Konsisten dengan hukuman dibuat

Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan time-out.

Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok.

Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti, perhatikan mereka dan pastikan si kecil tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan.

Justeru, anda disarankan meluangkan masa selama satu minit untuk kanak-kanak berumur satu tahun dan berikutnya.

Jika tempohnya terlalu pendek, time-out ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.

BACA JUGA:

MAIS akan ambil tindakan jika organisasi, individu guna logo mereka sewenangnya

UniSZA bekerjasama dengan SME Bank perkasa bidang keusahawanan

PDRM berjaya rampas pelbagai jenis dadah, ketum bernilai RM8.76 juta

+ posts