Tengku Zafrul ‘menghilang’ dari mesyuarat kabinet, rupanya ke Qatar

Tengku Zafrul ‘menghilang’ dari mesyuarat kabinet, rupanya ke Qatar. Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.

Sumber memaklumkan menteri berkenaan mempunyai urusan di Qatar.

Bagaimanapun sumber itu tidak memperincikan urusan berkenaan.

Tengku Zafrul 'menghilang' dari mesyuarat kabinet, rupanya ke Qatar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.

Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri serta dua Timbalan Perdana Menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, hampir seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada mana-mana parti politik mahupun gabungan berjaya memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

BACA:

Bekas pegawai dedahkan siapa TPM II, sungguh tak sangka

Berusia 190 tahun, kura-kura ini jadi haiwan paling tua di dunia masih hidup

Wanita Jerman nyanyi lagu melayu, netizen kagum apa suami dia dah buat

+ posts