Teringin jadi model seluar dalam, hasrat Baby Shima buat netizen tersedak. Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila meluahkan keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama terkenal dunia iaitu Calvin Klein.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shima berkata ada segelintir selebriti tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.
“Hey @calvinklein!! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat deorang.
“Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) nak try juga mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya.
Teringin jadi model seluar dalam, hasrat Baby Shima buat netizen tersedak
Perkongsian Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan penyanyi itu seolah ‘lapar’ perhatian serta sengaja mengundang kecaman netizen.
Terdahulu, ramai yang mengecam penampilan Baby Shima ketika berada di Indonesia yang terlalu ketat sehingga menampakkan perkara tidak sepatutnya.
BACA:
Semak segera wang tak dituntut hingga September 2022
Demi mahu nampak cantik, ini yang Mas Idayu sanggup buat
Gadis ini dakwa dirinya kembar ular emas, dedah kisah yang berlaku