Terkini!! Anwar Ibrahim dititah menghadap Agong hari ini

Terkini!! Anwar Ibrahim dititah menghadap Agong hari ini

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah esok, menurut sumber.

Sumber itu memaklumkan situasi wabak Covid-19 dan darurat adalah antara isu dijangka dibincangkan dalam pertemuan itu.

Malaysiakini difahamkan ketua pembangkang akan menghadap Sultan Abdullah pada sebelah pagi. Bagaimanapun, masa tidak dinyatakan.

“Ya, betul,” kata seorang kakitangan parti itu ketika mengesahkan kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, anggota Jawatankuasa Tamatkan Darurat, Khairuddin Abu Hassan berkata Agong berkenan menerima menghadap semua ketua parti politik.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dalam proses pendaftaran hari ini mengesahkan bahawa pengerusinya Dr Mahathir Mohamad menerima undangan dari Istana Negara untuk menghadap Sultan Abdullah. Bagaimanapun waktunya belum ditentukan.

Menurut sumber, Anwar akan mengetengahkan beberapa isu mengenai keadaan semasa negara, termasuk lonjakan jumlah kes Covid-19 dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat kini.

Perkara lain yang dijangka diketengahkan ketua pembangkang itu adalah berkenaan Darurat yang sedang berlangsung, yang mana proklamasi darurat dijadual berakhir pada bulan Ogos ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/578138

COMMENTS