Terkini!!! Jom Saring Komuniti Covid-19 percuma untuk Warga Shah Alam

Terkini!!! Jom Saring Komuniti Covid-19 percuma untuk Warga Shah Alam

Penduduk di sekitar Shah Alam diminta menjalani Saringan Komuniti Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara percuma esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ujian bersasar bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan akan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19.

“Penduduk di Seksyen 15, 17, 18, 19, 20 dan 24 digalakkan hadir menjalani saringan. Usaha ini antara inisiatif kerajaan negeri menangani Covid-19.

“Segera daftar di laman sesawang http://screening.selangkah.my agar proses saringan berjalan lancar,” katanya.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas sejak April tahun lalu bagi membendung penularan selain turut memperkenalkan saringan secara pandu lalu.

Kaedah itu yang pertama di negara ini sebahagian usaha melandaikan keluk wabak dan mengesan lebih banyak kes.

Dalam pada itu, Selangor merekodkan 884 kes baharu sehingga jam 12 tengah hari, semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif 4,412.

Pada masa sama, 107 kes baharu adalah daripada kluster sedia ada, 42 kluster baru, 575 saringan kontak rapat dan 186 adalah saringan lain.

Secara keseluruhan negeri ini merekodkan 87,853 kes jangkitan Covid-19.

Klang terus merekodkan kes tertinggi dengan 1,388 diikuti Hulu Langat (654); Sepang (660); Kuala Selangor (550); Petaling (445); Gombak (349); Kuala Langat (203); Hulu Selangor (137) dan Sabak Bernam (24).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/675053/warga-shah-alam-jom-saring-komuniti-covid-19-esok

COMMENTS