Terkini!!! MAQIS rampas tiga kontena daging seludup

Terkini!!! MAQIS rampas tiga kontena daging seludup

Tiga kontena daging dipercayai diseludup yang disimpan di gudang sejuk beku di Puchong, di sini, ditemui bercampur aduk dari tempat penyembelihan yang diluluskan dengan tidak diluluskan oleh kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berkata, penemuan awal mendapati dianggarkan dalam tiga kontena daging dipercayai diseludup disimpan di gudang sejuk beku di Puchong, Selangor.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan maklumat awal yang dijalankan, sumber daging yang ditemui itu bercampur aduk.

“Pihak polis yang mengetuai operasi itu akan menyerahkan kes ini kepada pihak MAQIS untuk disiasat mengikut Seksyen 11 dan 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Sehingga lewat malam tadi, pihak polis bersama pihak MAQIS bertungkus lumus mengira kuantiti daging itu yang disita dan akan ditempatkan di tempat tahanan MAQIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MAQIS berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan adalah satu kesalahan mengikut seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enamtahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala kegagalan mematuhi syarat-syarart permit import MAQIS yang sah adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali.

“Kerjasama strategik dan operasi bersepadu MAQIS bersama agensi lain akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian terutamanya daging dapat diperkukuhkan,” katanya.

Katanya, MAQIS amat menghargai kerjasama yang dimainkan oleh rakan strategik seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain di dalam menangani isu penyeludupan seperti ini.

“Pihak MAQIS sangat komited dalam memastikan isu membabitkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal,” katanya.

Sumber: HM

COMMENTS