Terkini !!! Menteri Perpaduan pula positif Covid-19

Terkini !!! Menteri Perpaduan pula positif Covid-19

Menteri Perpaduan Negara , YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 18 Januari 2021 dan telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini .

Susulan itu , YB Datuk Halimah Mohamed Sadique akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di Johor Bahru .

Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini , YB Datuk Halimah Mohamed Sadique akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar .

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini .

Kementerian Perpaduan Negara
19 Januari

COMMENTS