Terkini !!! Najib jadi Perdana Menteri Lebanon

Terkini !!! Najib jadi Perdana Menteri Lebanon

Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor United Press International (UPI) semalam.

Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ketika Lebanon bergelut untuk mempertahankan jalinan kerjasama dengan negara-negara jiran yang bertanggungjawab memantau pilihan raya umum negara itu pada tahun hadapan.

Najib, 65, yang merupakan hartawan telekomunikasi, dicalonkan ke jawatan itu oleh 72 timbalan menteri daripada 118 anggota parlimen semasa rundingan kerajaan camuran diadakan oleh Presiden Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, utara Beirut.

Seramai 40 ahli Parlimen tidak menamakan sesiapa, sementara seorang timbalan menteri menamakan bekas duta besar Lebanon untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nawaf Salam untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Najib diadakan 11 hari setelah Aoun menolak barisan kabinet terakhir yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang terdiri daripada 24 anggota pakar bukan politik lantas memaksa beliau untuk mengundurkan diri.

Sejak sembilan lalu, Saad menyalahkan Aoun dan menantunya, Gebran Bassil yang merupakan Ketua Gerakan Patrotik Bebas Kristian kerana mahukan sekatan ketiga untuk mengawal pemerintah.

Saad juga mengisyaratkan bahawa sekutu terdekat mereka, Hizbollah, tidak memberikan tekanan yang cukup untuk membantu membentuk Kabinetnya.

Sementara itu, Najib memberitahu wartawan bahawa beliau berdepan misi sukar sebaik sahaja memegang jawatan tersebut.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membentuk kabinet dengan misi pertama adalah melaksanakan inisiatif Perancis.

“Anggota kabinet akan merangkumi pakar daripada pelbagai bidang dan akan melakukan reformasi negara yang membolehkan Lebanon menerima semula bantuan luar,” ujar Najib.

Najib sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 2011 hingga 2014.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/27/najib-dipilih-perdana-menteri-lebanon/

COMMENTS