Terkini !!! PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan 2 minggu lagi

Terkini !!! PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan 2 minggu lagi

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang dijadualkan tamat Selasa ini, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu dibuat berikutan situasi peningkatan kes positif selain penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan PKPB di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
“Walau bagaimanpun, setakat ini penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor.

“Mengambil kira penilaian risiko ini, maka kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perintah PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah sama seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-di-selangor-kl-dan-putrajaya-dilanjutkan-14-hari-lagi-265378

COMMENTS