Terkini! Umno minta tukar MB sahaja, kerajaan PN kekal

Terkini! Umno minta tukar MB sahaja, kerajaan PN kekal

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mesti dikekalkan, kata setiausaha agung Umno Ahmad Maslan.

“Semua exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan.

“Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya,

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Ahmad berkata status kerajaan negeri tidak berubah susulan kegagalan usul undi percaya terhadap Menteri Besar Faizal Azumu pagi tadi.

“Undi percaya yang berlaku pada hari ini hanya melibatkan jawatan menteri besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri,” katanya

COMMENTS