Terkini!!! Zambry ganti Annuar sebagai Setiausaha Agung BN

Terkini!!! Zambry ganti Annuar sebagai Setiausaha Agung BN

Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik Zambry Abd Kadir sebagai setiausaha agungnya yang baru.

Zambry yang merupakan Adun Pangkor dan bekas Menteri Besar Perak menggantikan Annuar Musa yang disingkirkan daripada jawatan itu pada Januari lalu.

Mesyuarat Dewan tertinggi BN juga sebulat suara melantik Azlan Man sebagai pengerusi jawatankuasa penyelaras BN Perlis yang baru.

Azlan adalah Adun Bintong yang juga Menteri Besar Perlis.

Dia menggantikan Shahidan Kassim yang disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis pada April lalu.

Annuar dan Shahidan dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan Umno sekarang, yang sebelum ini membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Dewan Tertinggi BN juga memutuskan untuk menambahkan kekuatan jentera partinya di peringkat negeri bagi membantu program pendaftaran vaksin khususnya di kalangan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan penduduk di kawasan pedalaman.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/578140

COMMENTS