Terpilih untuk ditayang di Republic Czech, filem 35MM arahan Syahmi Sazli mengorak langkah

Terpilih untuk ditayang di Republic Czech, filem 35MM arahan Syahmi Sazli mengorak langkah

Terpilih untuk ditayang di Republic Czech, filem 35MM arahan Syahmi Sazli mengorak langkah. Pengarah muda dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli berkongsikan khabar gembira kepada pengikutnya mengenai perkembangan terbaru filem 35MM.

Syahmi dalam kemaskini hantaran di Facebook memaklumkan, karya arahannya telah terpilih untuk ditayangkan di sebuah festival filem di Republik Czech.

Dia berkongsikan sendiri informasi berkenaan selepas menerima permohonan dari pihak kedutaan republik berkenaan untuk menayangkan filem 35MM.

“Alhamdulillah. Filem 35MM dipilih untuk tayangan ASEAN+ 3 Filem Festival di Republik Czech. Semoga dipermudahkan,” tulisnya ringkas.

Berdasarkan sedikit informasi yang dikongsi, pihak kedutaan melihat filem 35MM mempunyai budaya dan susun atur Malaysia yang menarik.

Terpilih untuk ditayang di Republic Czech, filem 35MM arahan Syahmi Sazli mengorak langkah

Justeru, mereka mahu menggunakannya untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat Czech mengenai Malaysia.

“Dalam hal ini, pihak kedutaan ingin mengangkat permohonan kolaborasi dengan pihak tuan untuk menayangkan filem ‘35MM‘ dan sebuah filem pendek yang telah memenangi anugerah di Jepun baru-baru ini.

“Filem ini dilihat mempunyai genre yang menarik dalam mengetengahkan budaya dan susun atur Malaysia bagi mendidik kesedaran rakyat Czech mengenai Malaysia,” maklum kenyataan kedutaan itu, seperti yang dikongsi Syahmi.

Selain 35MM, pihak pejabat Kedutaan ACP di ibu negara Czech, Prague juga bakal menayangkan beberapa filem ternama dari negara lain iaitu Bad Genius (Thailand), Yuni (Indonesia), Quezon’s Game (Filipina) dan The Great Myanmar (Myanmar).

BACA:

Satu dunia kena tipu dengan sosej babi

Akak air buah viral akhirnya luah perasaan setelah hanya duduk di dapur

Mahkamah diberitahu Najib, Arul Kanda pinda laporan 1MDB