Teruk dikecam netizen, TikToker ‘Beep Beep’ tampil buat penjelasan

Teruk dikecam netizen, TikToker ‘Beep Beep’ tampil buat penjelasan

Teruk dikecam netizen, TikToker ‘Beep Beep’ tampil buat penjelasan. Isu mengenai seorang TikToker bernama Liana menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini apabila dikatakan dirinya telah melanggar kontrak syarikat.

Semalam, Liana telah memuat naik satu video penjelasan mengenai kontroversi tersebut tetapi dikatakan ada cerita yang lain yang belum didedahkan kepada umum, eh yeke?

Penjelasan kontroversi

Menurut video di atas, Liana memaklumkan sebelum ini dirinya telah menghantar notis berhenti selama dua bulan atas alasan peribadi meskipun telah ditawarkan gaji sebanyak RM 20,000 sebulan.

Namun, TikToker itu berkata bahawa kehilangan akaun lama syarikat membuatkan dirinya berasa cemas kerana perlu berpura-pura bahawa akaun tersebut merupakan miliknya mengikut kontrak.

Teruk dikecam netizen, TikToker 'Beep Beep' tampil buat penjelasan

Saya rasa apa yang membuatkan situasi ini berlaku adalah disebabkan pihak mereka tidak memberitahu saya bahawa mereka akan memadam akaun tersebut dan menukarkan segalanya. – Liana

Selain itu, Liana juga mendakwa bahawa tindakan pihak syarikat tersebut telah menyebabkan dirinya dan keluarga menerima kecaman ramai.

Liana juga memaklumkan bahawa dirinya telah mengambil tindakan undang-undang dan akan memastikan keadilan bagi isu tersebut dapat ditegakkan.

Respon netizen

Menjengah ke ruang komen, segelintir daripada warganet yang masih lagi sangsi mengenai kebenaran sebenar mengenai kontroversi ini.

@liafa62 I pass everything to the law. Berani cakap berani tanggung okay @Uniq scene media • • • #foryou #foryoupage #fyp #fypシ #viral #trending #tiktokmalaysia ♬ original sound – Liana 🌻✨🌸🍭

 

BACA:

Tular gambar Shah Rukh Khan tunai umrah, ramai teruja

Hidup gelandangan tapi miliki ‘cash’ RM100,000

“Jangan makan tiram Korea Selatan”