Teruk-teruk Pekan pun, tak macam yang ini

Teruk-teruk Pekan pun, tak macam yang ini

Cuba tanya pentaksub parti ehem!

1. Ramai orang marah dulu dengan YB Tun masa jadi PM kali pertama dan kali kedua atas pelbagai alasan. Tapi, to be fair to him, beliau jadi PM melalui pilihanraya dengan mandat rakyat ..tak pernah tebuk atap dan tak pernah cuba kekal berkuasa melalui darurat.

Malahan sanggup LETAK JAWATAN PM ketika kedudukan politiknya sedang berada di posisi yang paling selesa (masa kali pertama) dan bila rasa beliau tidak ada lagi majoriti (masa kali kedua).

2. Ramai juga orang marah kat YB Pekan masa jadi PM kerana isu kleptokrasi dan isu 1MDB. Bila beliau jadi PM, beliau buat pilihanraya dan jadi PM juga dengan mandat rakyat.

Walaupun kedudukan politik beliau agak goyah sebelum PRU 14 kerana dilingkungi pelbagai masalah, to his credit, beliau masih berani buat pilihan raya bagi dapat mandat rakyat untuk kekal berkuasa dan bila kalah PRU 14, beliau mengaku kalah dan SERAH KUASA walaupun beliau sedar dan tahu ianya amat berisiko tinggi hingga boleh didakwa dan terdedah macam macam. For that, he is, in my view, entiteld to a modicum of respect.

3. Mai PM yang la ni, tu dia. Saya bagi list ya..

– PM Gomen Tebuk Atap,

-tak pernah ada mandat rakyat tubuh Gomen,

-KHIANAT mandat rakyat,

-beli kesetiaan dengan pelbagai perlantikan itu dan ini,

-lantik agamawan dalam kabinet,

– tambah bagi besaq saiz kabinet, -hidupkan balik JASA.

-perlaksaanaan undang-undang dua darjat.

-buat sidang Parlimen dengan pelbagai aneka ragam bentuk persidangan serta tak pernah -walau sekali- dapat “a bare minimum majority”-112 undi ,

-cuba darurat kali pertama dan gagal ,dan

-kini minta darurat sekali lagi dan berjaya dapat atas alasan Covid -19 kononnya walau baru isytihar PKP

-dah mula hilang sokongan MP dari pihak gomen tapi masih ketegaq TAK MAHU LETAK JAWATAN ! Shame on you, PM Tebuk Atap.

4. Cuba hangpa pi tanya pentaksub parti ehem.. Apa depa akan kata? Hangpa jangan terkejut jika depa jawab “PM la ni anak ulama tau dan pandai baca doa kat TV…hangpa mana tauu?”

COMMENTS