Terung Bakar Santan yang mudah dan sedap… Boleh bertambah nasi kalua makan ni

Terung Bakar Santan yang mudah dan sedap… Boleh bertambah nasi kalua makan ni.

Penggemar terung wajib cuba resipi terung bakar santan ini. Banyak resipi terung yang anda boleh cuba. Tetapi resipi terung ini salah satu menu yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Terung yang digaul bersama santan akan menghasilkan aroma yang pasti memikat hati anda! Jika suka pedas boleh lebihkan cili.

Biasanya terung sering dimasak dengan sambal atau berlada, tapi apa salahnya kita mencuba sedikit kelainan. Kalau ada yang terliur nak cuba menu yang ringkas dan sedap ini, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Kak Ngah Zairihasna di bawah.

*Cara Buat Terung Bakar Santan*
Bahan-bahan:

• Terung
• Santan
• Belacan
• Bawang merah
• Bawang putih
• Cili padi

Cara-cara:

1. Bakar terung di atas dapur sehingga isinya lembut. Terbalikkan beberapa kali supaya ianya masak sekata.
2. Carik kasar terung yang sudah dibakar tadi. Letakkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.
3. Tumbuk kasar belacan, cili, bawang merah dan bawang putih.
4. Kemudian masukkan santan (santan sudah dimasak terlebih dahulu selama 5 minit). Gaul sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Mana satu lebih baik, gula perang atau gula putih?

LIMA Tanda Bayi Kurang Susu.. Mommies sila ambil tahu!

Hanya guna dua bahan untuk jadikan cermin berkilat.. Ikut cara Jepun ini!

+ posts