Tidak putus asa, Siti Elizad kongsi usaha terkini dapatkan zuriat.Kelahiran cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Soal jantina bukan satu mas4lah. Tidak kiralah perempuan atau lelaki, asalkan semuanya sihat belaka.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Namun, tak semua pasangan diberikan rezeki untuk hamil sejurus selepas kahwin, ada pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai alternatif sebagai solusi.
Turut menerima ujian yang sama, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang kembali menjalani proses r4watan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.
Elizad, 38, berkongsi berita tersebut melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Susahnya nak dapat awak ni (emoji bayi)… Tempat yang sama, harapan yang sama.
“Insya-ALLAH soon, journey kedua. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak sibuk. Check dinding r4him dulu pagi ni” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan penyampai radio Sinar FM itu melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan r4watan berkenaan berjaya dengan izin-NYA.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warga maya menitipkan doa buat Elizad agar proses IVF berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata.
Tonton Juga:
BACA: Kantoi pengasuh dera kanak-kanak jagaannya, siap tinggal kesan lagi
Hasrat TMJ tukar rumput baharu ada kaitan dengan kekalahan JDT?
Tragis !!! Anak Yatim 11 tahun dihentak teruk hingga maut hanya kerana RM4
[/bg_collapse]