Tidak senyum sepanjang parti, tapi lain yang netizen perasan didada anak Shah Rukh Khan.
Anak kepada pelakon, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan mencuri perhatian ramai sewaktu hadir ke parti ulang tahun kelahiran pengarah popular, Karan Johar.
Aryan menjadi tumpuan kerana memakai seutas rantai leher berbentuk salib.
Bukan muslim?
Di Instagram, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada Aryan mengikut agama ayahnya ataupun tidak.
Tambah netizen, muka Aryan kelihatan sangat serius sepanjang menghadiri majlis tersebut. Ujar netizen, kalau wang tidak boleh membeli kebahagiaan, setidak-tidaknya senyumlah.
Terdahulu, isteri, Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan memberitahu anaknya akan mengikut fahaman agama Shah Rukh Khan iaitu Islam.
Oleh itu, tindakan Aryan memakai rantai tersebut telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat dan mereka mahukan pengesahan daripada Aryan mengenai isu tersebut.
BACA:
Wanita ini kongsi pengalaman ‘day trip’ ke Ipoh guna ETS, ini tempat yang boleh dilawati
Bantuan warga emas dinaikkan, ini syarat kelayakan dan cara mohon
Ketiadaan Dewa Arteh dalam Sepahtu Reunion Live 2022 menjadi tanda tanya ramai